Bukan Sekadar Bermekap " Mampan " Tau !
Rahsia buah-buahan & sayuran
Kelebihan buah-buahan & sayuran adalah :-
bebas dari bahan zat pengawet dan pewangi sehingga selamat bagi mana-mana jenis kulit.
air yang terkandung dalam buah dan sayur mampu melembabkan kulit dan lemaknya sehingga menghalang proses pengewapan air melalui pori-pori dan membuatkan kulit menjadi bersih, lembut dan bercahaya.
Macam mana caranya ?
Kita hanya perlu melumatkannya dan jadikannya sebagai krim pelembut wajah.
Jika kita ingin memutihkan wajah, kita boleh memilih labu, mentimun dan kacang soya. Labu kaya dengan vit.B, C, lemah dan protin. Selain itu, sayuran tersebut juga
mampu menggurangkan bintik-bintik merah pada kulit akibat sinaran matahari. Mentimun yang kaya dengan vitamin, lemak dan mineral juga dapat memutihkan kulit. Sebaiknya
jangan mencampurkan dengan buah-buahan atau sayura yang kaya dengan vit.C kerana ia akan menutralkan vitamin tersebut, sedangkan vitamin, lemak, kalsium, dan protein pada kacang soya berfungsi memberi gizi, melembab dan mengatasi iritasi pada kulit.
Apa ramuannya ?
Lumatkan 150 gram labu yang sudah direbus terlebih dahulu.
Haluskan sebiji mentimun yang berukuran sederhana dengan menggunakan blender. - Rendamkan 50 gram kacang soya selama beberapa jam, kemudian haluskannya dengan blender.
Langkah seterusnya...
Bersihkan wajah dengan pembersih yang mengandungi sari mentimun
Sapukan krim mutiara atau pearl cream pada wajah secara merata.
Urut perlahan-lahan dengan cara memutar kemudian biarkan beberapa saat.
Sapukan wajah dengan jus mentimun, ambil 1/3 bahagian saja lalu disapukan secara tipis dan rata.
Lakukan juga urutan ringan secara merata selama lebih kurang seminit.
Lakukan pengewapan pada wajah.
*caranya adalah dengan campurkan sisa jus mentimun ke dalam magkuk berisi air panas dan biarkan wap air itu kena pada wajah selama 5 - 10 minit.
Ketika wajah kita terasa panas,sapukan tipis-tipis jus kacang soya pada wajah dan urut secara merata selama 5 minit.
Biarkan sesaat, kemudian bersihkan menggunakan tuala basah.
Gunakan labu yang telah dilumatkan sebagai masker wajah.
Biarkan selama 20 minit kemudian bersihkan hingga benar-benar bersih.
Labels: Beauty
p/s : if korang baik , tolong klik SINI and setiap gambar di bawah nieh.
Setiap klik dari korang memberikan kegembiraan kepada mira